05 Mac 2014

Kelantan dan selangor

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
 
“TAHNIAH DI ATAS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
ANTARA  KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN SELANGOR”
 
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim dan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh YAB Ustaz Dato’ Ahmad bin Yakob di atas termeterainya memorandum persefahaman (MOU) antara dua entiti kerajaan ini pada hari Ahad 2 Mac 2014 lalu. MOU ini yang secara khususnya adalah merujuk kepada beberapa inisiatif kerjasama ekonomi dan perundingan dalam beberapa projek yang mempunyai kepentingan bersama rakyat di kedua-dua negeri.
PAS berpendapat bahawa MOU yang ditandatangani antara Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah merupakan satu langkah permulaan yang sangat penting yang sedang diterokai antara kedua-dua kerajaan di bawah Pakatan Rakyat.
Hal ini menjadi lebih bermakna dalam kita menterjemahkan prinsip serta polisi bersama yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat dengan membangunkan model kerjasama sebelum berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung minggu ini.
Kerjasama sebegini perlu terus diperkembangkan untuk memberdayakan rakyat dalam negeri ini dalam menghadapi kesan ekonomi yang semakin perit. Ini ditambah pula dengan kecelaruan fahaman dan pelaksanaan konsep federalisme yang sepatutnya diamalkan dengan adil oleh Kerajaan Pusat itu sendiri.
 
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
 
3 Jamadil Awal 1435 bersamaan 5 Mac 2014 

18 Mei 2013

Berblog Semula

 
Sudah Lama tidak berblog, mungkin hambatan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, tetapi melihat kepada keadaan blog ini yang semakin terbiar.... insyallah akan disuburkan semula

Usai PRU ke 13 ramai yang membuat andaian dan ulasan-ulasan sendiri, bermula dari yang berada di menara gading sehinggalah yang ke kedai-kedai kopi, tapi yang paling menarik ialah komentar-komentar dari yang ada di kedai kopi kerana mereka adalah yang ada di medan tempur sebenar..222 medan tempur, komentar-komentar mereka nampak lebih berpijak di bumi nyata kerana berdasarkan kepada pengalaman yang mereka lalui sendiri berbanding mereka yang berada di menara-menara gading yang yang hanya melakukan survey melalui talifon dan andaian-andaian sahaja.

PRU 13 juga medan untuk menilai semua perkara...bermula daripada strategi yang diatur samaada oleh pihak JPN, JPRK, MTD dan sebagainya, samada strategi itu bersifat jangka panjang atau jangka pendek, adakah strategi itu dipatuhi ataupun sekadar wujud diatas kertas untuk dilaporkan kepada pihak JPN apabila ada lawatan, itu pun kadang-kadang di penuhi dengan senarai AJK bermula dari peringkat MTD hinggal UPU dan cawangan-cawangan, tidak di ketahui adakah tidak tahu untuk membuat laporan atau sememangnya tidak ada apa yang hendak dilaporkan kerana tiadanya tindakan serta aktiviti. 

Begitujuga PRU 13 adalah untuk menilai tahap dan keupayaan kepimpinan, wibawa kepimpinan dalam menarajui jamaah, kita bukan berbicara berkenaan dengan seorang pemimpin, kerana seorang pemimpin tidak akan mampu mendepani musuh, jangan sekali-kali ada yang mendabik dada bahawa beliau mampun mendepani musuh sorang diri, kerana Nabi Isa pun mempunyai Hawariyyun yang membantu, Nabi Musa ada Nabi Harun yang membantu, Rasulullah saw pun mempunyai sahabat yang membantu, jesteru itu daya kepimpinan juga diuji semasa PRU 13, setakat mana mampu memainkan peranan sebagai pemimpin yang di patuhi dalam mencongak strategi ataupun hanya sekadar menjadi pemimpin yang mengangguk sahaja apa yang di perkatakan...maka muhasabah kepimpinan mesti dibuat dan dipastikan agar kepimpinan tersebut mestilah terarah dengan jelas. 

PRU 13 mempunyai banyak perkara yang perlu dinilai semula, kelambatan Najib membubarkan parlimen seakan tidak diambil peluang...buktinya kalau betul persiapan di lakukan ..pastinya tidak akan berlaku kursus pukul 12.30 malam mengundi, Gambar untuk Nametag PACA hanya di cari selepas subuh hari mengundi..... banyak perkara lagi yang perlu dinilai....siapakah penilai tersebut??..penilai tersbut adalah KITA SEMUA

23 Jun 2011

Pesanan Ust Fadhil Noor Kepada Anak-anak Muda ( Sempena Ulangtahun Pemergian Ust Fadhil)


“Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

“Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta'ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta'ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta'ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan."

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”.

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.

“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.

20 April 2011

Bukan TG Hj Hadi Yang perlu di ganti

Ramai yang memperkatakan tentang PAS selepas daripada gagal dalam pilihanraya Dun Sarawak baru-baru ini, sehingga ada yang menyarankan agar Presiden PAS di tukar dengan berbagai-bagai alasan dan sebab, dari ahli politik cabuk di bawah(kalau ada) sehingga ke Prof di menara gading( Sememangnya ada) dengan menggunakan berbagai label kepada presiden PAS. Bukan itu sahaja bahkan kegagalan PAS di PRN Sarawak telah di ratib dengan begitu hebat, seolah-olah inilah peluang keemasan untuk menghentam pimpinan PAS terutama TG Presiden PAS.

Sekali-sekala membaca analogi yang di tulis itu telah mengundang satu pertanyaan, mengapa PAS yang bertanding di 5 kerusi dan tewas kesemuanya tetapi mendapat undi yang ‘mencapai sasaran’pimpinan PAS telah begitu di herdik dengan berbagai-bagai rencana dan komentar…bagaimana pula dengan PKR? Bertanding 49 kerusi, hanya menang 3!!.....ooo ada orang kata ada juga yang menang, so kita tanya balik adakah kemenangan 3 kerusiitu menunjukkan PKR sudah di terima oleh masyarakat Sarawak atau ianya hasil dari kekuatan individu calon yang bertanding, sebab kalau sekiranya kemenangan 3 kerusi itu diatas sebab rakyat Sarawak menerima dasar PKR, maka pastinya paling kurang PKR akan dapat 20 kerusi kalau tidak lebih pun.

Tulisan ini bukanlah untuk menimbulkan pertelingkahan dan saling salah menyalah pasca pilihanraya Sarawak akan tetapi untuk mengimbangi dan mengajak semua berfikir kerana rata-rata cuba untuk menyalahkan PAS dalam perkara ini, sehingga ada seorang prof yang menyatakan Presiden PAS sebagai liabaliti kepada PR.

Orang PAS biasanya amat menjaga hati rakan sepakatan, sejak dari Angkatan Perpaduan Ummah lagi sehinggalah sekarang ini, tidak pernah mengeluarkan kenyataan ataupun ’menyuruh’ prof ke atau sesiapa sahaja untuk menyakitkan hati rakan-rakan, namun seperti biasa sejak dari angkatan perpaduan Ummah dulu lagi, rakan-rakan PAS lah yang sentiasa bertindak, mengeluarkan kenyataan atau ‘menyuruh’ orang mengeluarkan kenyataan memburukkan PAS.

Hari ini sebagai persiapan untukmenghadapi pilihanraya Umumke 13, dan kesan yang kita lihat daripada PRN Sarawak baru-baru ini maka yang pasti Anwar Ibrahim mesti di tiadakan buat sementara dari arena poitik Malaysia, bukan beerti Anwar tidak hebat, beliau tetap hebat, akan tetapi kewujudan beliau di dalam PR lebih-lebih lagi di lihat sebagai ‘kepala’ PR walaupun ini tidak pernah di putuskan oleh majlis presiden telah banyak membebankan PR, sehingga PR terpaksa menjawab segala tohmahan tersebut dan menjadikan PR berada di dalam keadaan defensif, Ya kita memperakui jasanya beberapa tahun dahulu, akan tetapi sekarang banyak yang perlu di jawab sehingga menyebabkan banyak dasar-dasar PR yang sepatutnya boleh di hadamkan dengan sempurna terpaksa di tangguhkan lantaran sibuk menjawab fitnah BN

Jesteru itu yang perlu tidak ada semasa pilihanraya ke 13 Nanti Ialah ANWAR IBRAHIM...kerana beliau adalah sebenarnya liabaliti kepada PR... memang dia yang baik, ada karisma, namun tumpuan mestilah di tumpukan menjelaskan dasar-dasar kerajaan PR yang sedia ada dan apakah yang di tawarkan kepada rakyat, antara isu yang menjadi bebanan PR sekarang


1) 16 September- Betul pada waktu di gempur 16 september itu boleh dianggap sebagai strategi...tetapi sekarang?! macamana, ianya sudah menjadi liabaliti yang besar kepada PR terutama di peringkat penyokong di bawah....."Penyokong UMNO kata...dulu tipu dah....kamu percaya lagi?"...macamana weh nak jawab.

2) Video Sex & Liwat- Ye kita amat yakin Anwar TIDAK terlibat, tetapi UMNO sudah mula menayang video tersebut di kampung-kampung, dan suri-suri rumah yang tengok..mereka tak baca media ketiga ni....dia orang pakai telan terus....bila kita pergi terang kat dia...'dia jawab aku tengok sendiri..sah dia Anwar'

3) Kekecohan dalam PKR...ianya telah memberikan gambaran keupayaan Anwar menguruskan parti beliau sendiri, ramai pemimpin yang meninggalkan PKR, so ianya menjejaskan pandangan masyarakat kepada PR...UMNO kata "nak perintah Malaysia.....perintah parti kita dulu biar betul"....so macamana...?? bukan kah ini ialah liabaliti kepada PR...

cadangan....Anwar kena hilangkan diri dari politik Malaysia...pergi la duduk mana-mana di luar negara...selagi ada anwar selagi itulah dia menjadi liabaliti kepada PR.

Itu kita tak bincang lagi soal petugas semasa PRU ke 13 nanti, soal pembahagian kerusi, dan banyak lagi la

Kepada Aziz Bari dan sekutu-sekutu....inilah dia LIABALITI PR yang besar

15 April 2011

Alangkah indahnya Jamaah



Dari: mStar Oline

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini.

Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekarang.

"Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

"Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding atau sebaliknya jawatan nombor dua dalam parti pada Muktamar PAS ke-57 Jun ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan tersebut dibuat demi memastikan masa depan dan perpaduan parti terjamin.

"Ada ramai lagi calon yang berwibawa dan layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Keputusan saya ini cukup jelas," katanya.

Dengan keputusannya itu, beliau berharap PAS kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat mengenai calon yang akan dipilih pada pemilihan parti nanti tidak mencalonkan namanya bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden namun sedia mempertahakan jawatan yang disandangnya ketika ini.

"Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).

"Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden, ialah Datuk Mahfuz Omar.

Pemilihan PAS pada tahun ini dijangka menarik perhatian banyak pemerhati politik kerana ada ura-ura menyatakan Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2007.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

PAS mempunyai 171 bahagian di seluruh negara dan setiap bahagian perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.


**********************

Indahnya Jamaah apabila semua mengetahui kelebihan dan kedhoifan masing-masing.....masalahnya apabila Dhoif terasa gagah..tak layak merasa layak

07 April 2011

Selamat Bermusyuarat Agong PAS Besut



Berbicara tentang perjuangan, masing-masing mendakwa bahawa mereka adalah yang paling ikhlas, paling kuat dan paling banyak berkorban. Samalah juga bila berbicara tentang tanggungjawab kepimpinan, maka masing-masing mendakwa bahawa mereka bukan meminta untuk di lantik, tetapi rakyat yang pilih, saya tak minta pun…walhal sebelum daripada itu bagai nak rak anak-anak buah berkempen, mempromosikan nama dengan berbagai cara, termasuk dengan cara pihak Musuh, apabila berbicara tentang kepimpinan maka kita akan teringan dengan satu hadis Rasulullah berkenaan dengan Abi Dzar
أَنَّ أَبَا ذَرٍّ سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم الإِمَارَةَ ، وَأَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إنَّك ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ , إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Sesungguhnya Abi Dzar meminta daripada rasulullah supaya di berikan kepadanya kepimpinan (lantaran besarnya ganjaran), Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya kamu (wahai Abi Dzar) adalah seorang yang Dhoif dan kepimpinan ini adalah amanah, dan sesungguhnya pada hari akhirat kelak ianya merupakan kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang menunaikan hak-haknya dan melaksanakan apa yang di wajibkan keatasnya
Konsep pertama yang di sebut oleh Rasulullah saw yang juga merupakan asas yang paling utama ialah BUKAN SEORANG YANG DHOIF , ataupun seorang yang lemah, apakahyang di maksudkan disini lemah di sudut fizikal semata-mata sebagaimana Abu Dzar yang merupakan seorang tua?, tidak, kedhoifan disini bukan hanya di tujukan kepada kedhoifan fizikal akan tetapi kedoifan disini ialah kedhoifan dalam semua perkara yang boleh menghalang kita daripada menunaikan amanah tersebut, ada kedhoifan tersebut tidak disedari oleh kita tetapi disedari oleh orang ramai, dan ada kalanya kedhoifan ituamat disedari oleh kita akan tetapi lantaran kedegilan kita kerana merasakan hanya kita sahaja yang boleh dan mampu dan lebih parah lagi jika kita menganggap bahawa orang lain tidak pandai.
Dr Harun Din pernah menyatakan dalam ucapannya semasa muktamar agung di Stadium Malawati selangor bahawa beliau tidak bertanding semasa PRU 1999 dahulu kerana pada waktu itu beliau berada di dalam keadaan Dhoif, bukan dhoif tubuh badan, bukan doif wang ringgit, bukan dhoif masa, tetapi keadaan yang menyebabkan beliau dhoif, maka demi untuk Jemaah dan Parti maka beliau tidak bertanding, ini adalah qudwah yang amat baik dari seorang pimpinan yang menyedari kedhoifan diri dan bertindak mengikut yang sepatutnya bukan berdegil walaupun menyedari diri berada di dalam keadaan yang dhoif, jesteru itu kedhaoifan ini bukan sahaja dihadkan kepada fizikal akan tetapi kepada semua keadaan, masa, wang ringgit, jarak, buah fikiran, sikap, dan semua perkara yang boleh menyebabkan tanggungjawab terlaksana dengan sempurna….kecuali di tempat kita itu semua orang yang ada sekeliling itu terlalu bodoh dan dungu untuk memimpin.
Berbicara tentang kepimpinan, maka ada orang yang mempersoalkan tentang ukhuwwah, mempersoalkan tentang ukhuwaah apabila kita berada diatas, dan merasakan seoalah-olah ada orang yang ingin menjatuhkan kita, maka pada ketika ini ‘kita’ pun berbicara tentang ukhuwwah, sedang ‘kita’ lupa semasa ‘kita’ mula menapak dahulu, adakah ‘kita’ meletakkan ukhuwwah itu di hadapan kita, apakah ketika ‘kita’ gah di atas singgahsana kita cuba semak berapa kepalakah yang terfitnah oleh orang-orang yang mendokong kita lantaran mahu kita bertahta di singgahsana itu, tiba-tiba pada hari ini apabila kita merasakan tidak selesa di atas sana maka kita sibuk berbicara tentang ukhuwwah sedang satu masa dahulu kita lupa lansung tentang ini. ‘kita’ percaya dengan dakwaan bahawa selagimana si polan bin si polan yang memimpin jemaah atau parti maka selama itulah parti tidak akan menang, dakwaan dan dakyah yang seakan-akan cuba merampas kuasa Allah yang mentukan menang atau kalah, tetapi ‘kita’ mempercayai dan akhirnya hasil daripada itu kita melupakan ukhuwwah yang kita tuntut pada hari ini…jawapannya…pppppeeeeegggiii daaaaah!!!
Berbicara sebagai anggota jemaah Islam, Asy Syahid Hassan Al Banna menggariskan rukun baiah, hampir semua orang ingat tetapi saya tak ingat…minta maaf, walaubagaimanapun salah satu rukun baiah itu ialah Tajarrud, kita menyerahkan sebulat-bulat keyakinan kepada jemaah kita, bukan apabila kita terlekat dengan apa-apa kepentingan maka kita duk sibuk mencari surat perakuan bagi menafikan kita sebagai anggota jemaah, ye….maslahah…tetapi maslahah itu untuk ahli bukan untuk mereka yang memimpin dan menjadi contoh kepada rakyat, apa akan jadi jika rakyat menjadikan tindakan ini sebagai contoh dan tauladan?! Akan tetapi ‘kita’ telah menjadikan orang-rang yang sebegini sebagai penolong yang pembantu dan penasihat…kalau sekiranya tidak mampu untuk bertajurrud dengan bersungguh-sungguh bermakna itu kedhoifan maka kedudukannya macam Abi Dzar, bukan penyibuk mencari 2 undi bagi menaja sesiapa sahaja…
Walaubagaimanapun kita jangan sekali-kali menganggap bahawa matahari itu naik kerana kokokan kita, saya masih lagi menyimpan bicara tentang saraf, duit dan perkara-perkara lain, Cuma akhir sekali jika apa yang dinyatakan diatas tu tidak kena mengena dengan ‘kita’ maka gezzettelah ‘kita’ sebagai pimpinan sehingga mati…tidak ada orang pun teringin perkara yang menjadi kerugian dan penyesalan pada hari kiamat nanti

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda