12 Julai 2008

Hati-hati Bila Bertindak

Wawancara antara YB TG presiden PAS dengan harakah telah mengundang banyak komentar dari berbagai kalangan ada yang menyokong dan ada yang menentang bahkan ada yang mengherdik dan mencaci.

Kenyataan yang di keluarkan oleh YB TG presiden itu ialah satau kenyataan yang paling di tunggu-tunggu oleh semua Ahli PAS, setelah bertungkus lumus dalam pilihanraya umum yang lepas dan berjaya membantu meruntuhkan BN di 4 buah negeri, kerja yang di sumbangkan itu dengan tekad untuk melihat satu keadilan, kesaksamaan, kemakmuran YANG BERLANDASKAN KEPADA ISLAM dapat di tegakkan di atas runtuhan-runtuhan kezaliman BN, namun apa yang dapat di lihat oleh mereka selepas daripada itu ialah, PAS seolah-olah di kesampingkan, peranan PAS di perkecilkan, kewujudan PAS di dalam PR seoalah-olah kewujudan yang terpaksa, nasihat dan pandangan PAS di anak-anakkan dengan berbagai sindiran sinis seperti jumud, tak terbuka dan sebagainya.Yang paling menyedihkan rakan-rakan dalam PR tidak menghormati Islam sebagai agama yang di anuti dan diperjuangkan oleh PAS dan majoriti rakyat Malaysia, sebagai contoh; Bagaimana boleh seorang Exco Kerajaan Selangor (dari PKR) mengetuai demontrasi membantah laungan azan di satu kawasan perumahan. betul ke macam ni, bercakap tentang kesepakatan, toleransi, hormati perlembagaan tapi apa yang berlaku sebaliknya....sepatutnya kalau benci sangat Islam atas dasar agama, paling kurang hormati sikit PAS sebagai pejuangan Islam yang mana jentera PAS lah yang bekerja untuk memenangkan beliau dalam pilihanraya baru ni.

Kenyataan TG Presiden PAS tempohari mungkin di anggap sebagai satu tindakan khianat kepada PR, walhal jika di lihat dan diperhatikan secara logik kenyataan itu sebenarnya ialah kenyataan yang menguatkan PR, tapi mungkin setengah orang merasakan bahawa hanya mereka sahaja yang pandai berunding, pandai berdiplomasi, pandai tarik orang, pandai berpolitik akhirnya cuba menafikan peranan dan keupayaan orang lain.

Terus terang disini jika nak dibandingkan diantara YB-YB dari 3 parti di dalam PR, mana satukah parti yang paling teguh dan utuh kesetiannya pada parti? PAS, PKR atau DAP, ataupun kalau kita nak buat 'rangking', YB-YB dari parti manakah yang paling setia kepada parti? DAP, seawal penubuhan kerajaan Perak sudah ada adun yang keluar DAP, tapi kembali semula apabila di berikan jawatan speaker. PKR, walaupun belum ada YB-YB mereka yang melompta ke BN tetapi penglima-panglima muda (Roslan Kassim Zahid Mat Arip, Lokman Nor Adam, Akhir sekali Ezam Mat Nor) mereka yang lampau telah memberikan gambaran kepada kita bagaimana pegangan serta kesetiaan mereka kepada parti, walaupun begitu YB-YB PKR tidak seperti mereka. PAS semasa PAS peringkat Kelantan dengan beza kerusi 1 kerusi, ada balaci UMNO datang tawarkan kepada YB PAS Jutaan ringgit cash, tawaran exco, anak syarikat dan berbagai-bagai lagi, tapi alhamdulillah kesetiaan mereka teruji dan terbukti. Jadi terserah kepada pembaca untuk menilai kesetiaan YB-YB dari 3 parti tersebut.

Berbalik kepada pertemuan dengan pimpinan UMNO sebagaimana yang di sebut oleh TG Presiden, ada yang cuba untuk melaga-lagakan antara TGHH dengan TGNA, tanpa mereka memahami kenyataan kedua-dua TG, betul TGNA menyatakan bahawa tidak ada perundingan dengan UMNO, dari sudut organisasi, memang tak ada. yang di sebut oleh TGHH dalam wawancara tersebut ialah pertemuan peribadi

Harakah :Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?

Presiden : Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi rasa hanya kita yang boleh berunding dan pandai berunding maka cuba untuk menafikan kepandaian orang lain.

Berbalik kepada kenyataan saya di atas bahawa kenyataan yang di buat oleh TGHH itu lebih menguatkan lagi PR ialah kerana, apabila PAS juga terlibat dalam rundingan malahan PAS jugak mahupan DAP terlibat maka ianya akan meringankan bebanan DSAI yang pasti tak cukup waktu untuk bertemu dengan semua orang yang ingin menyertai PR, mungkin DSAI berjaya dalam perundingan dengan parti-parti dari Sabah dan Serawak, bagaimana dengan UMNO, MCA, MIC, Gerakan? MP-MP mereka pun juga mahu mendengar apakah tawaran PR kepada rakyat yang boleh mereka sokong, dan DAP telah memainkan peranan dengan Gerakan sehingga telah ada pemimpin Gerakan telah meninggalkan Gerakan dan bertugas dengan Kerajaan DAP di Pulau Pinang. jadi kesemua ini akan menjadikan PR bertambah kuat. itu pun bising ke?

Akhir sekali, bagi PAS Islam mesti berada di atas, orang setuju ke orang tak setuju ke itu mereka punya pasal, Agama Islam Mesti di hormati dan di sanjungi, dan pastinya PAS sanggup lakukan apa sahaja untuk itu walaupun Mati. Lantas nasihat kepada semua parti PR, hormatilah apa yang PAS sanjungi ini, jangan pandang lekeh apa yang PAS perjuangkan ini dan PAS sebagai Parti yang tertua seharusnya memimpin PR ini, Soal PM Anwar nak tu ambik la dan perlu ingat PAS hanya bersetuju Anwar menjadi PM tapi PAS tak pernah bersuarasetakat hari ini tentang mana-mana Presiden PKR untuk jawatan PM, cuba PKR yang sengaja cari hal isytihar Wan Azizah Jadi PM tanpa persetujuan Majlis Presiden PR.

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda