01 Ogos 2009

Nasihat Najib Razak kepada Tok Guru Nik Aziz


Nak tergelak ada, nak marah pun ada kerana baru je lepas dengar berita yang menyiarkan nasihat Najib kepada TGNA supaya jaga hati dan perasaan ahli UMNO jika mahukan kerjasama yang baik antara kerajaan negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat.

Nak tergelak kerana …apa dah jadi dengan Najib ni…nak marah pulak….buta dan bisu ke Najib ni..MACAMANA PULAK DENGAN HATI DAN PERASAAN AHLI PAS, kita bilang satu persatu

1- Hati dan Perasaan Anak-anak dan balu Memali seramai 14 orang yang di bunuh oleh Kerajaan BN sampai sekarang kes mereka belum selesai di Mahkamah.

2- Bagaimana dengan Perasaan anak-anak dan Balu Ustaz Othman Talib yang di bunuh oleh penyokong BN dalam pilihanraya kecil Padang Terap dulu

3- Bagaimana dengan seluruh petani yang menyokong PAS apabila subsidi baja di nafikan daripada mereka.
4- Bagaimana dengan perasaan ketua-ketua kampung yang terdiri dari ahli PAS di Kelantan tahun 1978 apabila di pecat tanpa sebab oleh kerajaan BN selepas menang pilihanraya.

5- Bagaimana dengan guru-guru yang di tukar ke pendalaman berpisah dengan anak dan Isteri kerana semata-mata menyokong PAS.

6- Bagaimana dengan anak-anak orang PAS di sekolah yang di kutip no akaun masing-masing tiba –tiba di nafikan wang KWAMP.

7- Bagaiamana dengan hati dan perasaan orang-orang tua dan miskin di kampung-kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang di nafikan bantuan JKM semata-mata kerana mereka menampal gambar Tok Guru Nik Aziz atau TG Hj Hadi dalam rumah.

8- Bagaimana kontraktor-kontraktor dalam semua kelas disenarai hitamkan sedang rekod mereka baik tetapi pernah menderma kepada PAS.

9- Bagaimana dengan kawasan-kawasan perkampungan yang majoritinya orang PAS di nafikan jalan-jalan yang baik.

10- Bagaimana dengan perasaan Imam-imam masjid yang pernah di penjarakan oleh UMNO setelah memecat mereka kerana mereka PAS.

11- Bagaimana dengan perasaan dan hati pemilik-pemilik tanah di Terengganu setelah mereka di berikan hak milik oleh Kerajaan PAS..tiba tiba UMNO BN bawa jentolak merobohkan rumah-rumah mereka.

12- Bagaiman dengan perasaan penderma yang sama-sama membina masjid bujal, tiba-tiba UMNO robohkan.

13- Bagaimana perasaan TG Nik Aziz sendiri bila UMNO BN mengurung anaknya Nik Adli tanpa bicara di Kemunting selma 6 tahun.

14- Apa perasaan anak-anak dan Isteri-isteri tahanan ISA

15- Bagaimana dengan perasaan mereka yang layak menerima zakat tetapi di nafikan oleh UMNO.

Kalau nak di bariskan banyak lagi.. terlalu banyak (kawan-kawan boleh tambah) dan ungkapan “PEGI JAHANAM UMNO….” Oleh TGNA masih lagi lembut dengan mereka-mereka seperti ini.


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda