15 April 2011

Alangkah indahnya Jamaah



Dari: mStar Oline

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini.

Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekarang.

"Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

"Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding atau sebaliknya jawatan nombor dua dalam parti pada Muktamar PAS ke-57 Jun ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan tersebut dibuat demi memastikan masa depan dan perpaduan parti terjamin.

"Ada ramai lagi calon yang berwibawa dan layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Keputusan saya ini cukup jelas," katanya.

Dengan keputusannya itu, beliau berharap PAS kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat mengenai calon yang akan dipilih pada pemilihan parti nanti tidak mencalonkan namanya bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden namun sedia mempertahakan jawatan yang disandangnya ketika ini.

"Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).

"Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden, ialah Datuk Mahfuz Omar.

Pemilihan PAS pada tahun ini dijangka menarik perhatian banyak pemerhati politik kerana ada ura-ura menyatakan Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2007.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

PAS mempunyai 171 bahagian di seluruh negara dan setiap bahagian perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.


**********************

Indahnya Jamaah apabila semua mengetahui kelebihan dan kedhoifan masing-masing.....masalahnya apabila Dhoif terasa gagah..tak layak merasa layak

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda